Aku terkedu seketika melihat fenomena malam itu.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Pokok-pokok seakan menari-nari.
Awan-awan bagai menyembunyi diri di sebalik kegelapan langit.
Rumput yang separas lutut tingginya masih tegar berdiri.
Batu-batuan tetap membatu diam seribu bahasa.
Baru-baru ini aku di dalam dilema.
Keliru antara dua perkara.
Kedua-duanya ingin aku kejarkan.
Hendak ku gendong, mahu juga ku kejar.
Tapi ku takut, 1 tak dapat, 1 lagi berciciran jatuh, atau kedua-duanya sekali bertaburan.
Kuat ke aku nak pikul dengan kudrat yang ada di kiri dan kanan aku ni?
Lantas ku cuba memilih 1 sahaja.
Yang mana? Yang mana?
Puas ku cari, puas ku gali.
Entah mana datangnya ilham, terpacul sebaris ayat di benak ku,
"Tinggalkan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik"
No comments:
Post a Comment