Monday 9 January 2012

Buku

Buku
Kau teman hidupku
Ke mana saja aku pergi
Tidak rela meninggalkanmu

Dalam susah, ketika senang
Kau peneman setiaku, menjadi pelayan aku
Membantu aku melupakan sebentar hiruk pikuk dunia
Menghilangkan rasa sengsara rasa duka

Membawaku ke alam yang lain, menambah ilmu
Melayan karenah engkau, buatku terpaku
Duduk berjam - jam bersamamu
Rasa tidak rugi aku habiskan waktu

Aku rela, aku terharu
Kerana kau mampu buat hidupku lebih maju
Terima kasih buku
Kau sumber inspirasi, ilhamku

Baucar Buku 1Malaysia 2012


Saturday 7 January 2012

Dua Ribu Dua Belas

Dah seminggu ++ di tahun 2012.

Dalam beberapa hari ni aku terbuat 'sampah' dalam kerja aku. Sempena 2012 yang masuk dalam rumah aku.

Aku mohon supaya diri aku TIDAK melakukan kerja - kerja aku seperti 'sampah' lagi.

Buat kerja sungguh - sungguh, buat dengan tekun, tenang, ikhlas dan bersabar.

Aku yakin aku boleh kitar semula 'sampah' itu dan hasilkan sesuatu yang bukan sahaja berguna,

malahan ada nilai dan kualiti yang terbaik.

2012.

Sungguh- sungguh.

Agresif memburu impian hidup.


Kenangan bersama Naib Juara Imam Muda, brother Nazrul Izwan