Thursday, 22 December 2011

Belajar untuk kita tahu

Masih terngiang - ngiang lagi di telinga aku, satu pesanan lecture aku, yang berbunyi,

"Study for knowledge" & "Always love the knowledge"

"Kalau kamu study untuk A result, then, bila even dapat A results pun,

knowledge tu akan hilang dari diri kamu.

Tapi, kalau kamu study sebab love knowledge tu, kamu akan ingat knowledge tu sampai bila-bila"...

Lebih kurang macam tu ayat dia.

Penulis berdiri paling kanan gambar, En. Sharofi berbaju batik ungu di berdiri di tengah - tengah.

Tuesday, 25 October 2011

Aku terbaca Harian Metro hari tu...

Aku malas nak taip panjang-panjang.
Dan kau orang pun tak perlu baca panjang-panjang.So, tak lah letih sangat. Hehe.
Dan juga paling penting mesej aku itu sampai serta difahami oleh semua. Semua.

Cuma, beberapa hari lalu aku ada terbaca Harian Metro.
Aku tak beli pun. Aku terpinjam dari seorang rakan.
Berita tentang seorang anggota polis, berpangkat agak tinggi, kantoi makan rasuah.

Wartawan Metro itu pula ada mencatatkan kata-kata hakim yang
menjatuhkan hukuman kepada anggota polis itu yang berbunyi,

"Kalaulah kamu memikirkan keadaan kesusahan keluarga kamu
ketika kamu melakukan kesalahan ini"

p/s: 'keadaan kesusahan keluarga' boleh dijadikan kata kunci kepada
kita semua untuk terus terinspirasi menjadi lebih baik&maju dalam kehidupan...

"Tinggalkan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik"

Aku terkedu seketika melihat fenomena malam itu.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Pokok-pokok seakan menari-nari.

Awan-awan bagai menyembunyi diri di sebalik kegelapan langit.
Rumput yang separas lutut tingginya masih tegar berdiri.
Batu-batuan tetap membatu diam seribu bahasa.

Baru-baru ini aku di dalam dilema.
Keliru antara dua perkara.
Kedua-duanya ingin aku kejarkan.

Hendak ku gendong, mahu juga ku kejar.
Tapi ku takut, 1 tak dapat, 1 lagi berciciran jatuh, atau kedua-duanya sekali bertaburan.
Kuat ke aku nak pikul dengan kudrat yang ada di kiri dan kanan aku ni?

Lantas ku cuba memilih 1 sahaja.
Yang mana? Yang mana?
Puas ku cari, puas ku gali.
Entah mana datangnya ilham, terpacul sebaris ayat di benak ku,

"Tinggalkan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik"

"Hok Aloh, kerek giler mamat ni"

Satu malam tu, aku sempat ke 1 cafe (kedai makan) ni bersama rakan sekolejku, AG. Sambil mataku meliar membaca catatan menu yang ditawarkan, aku terpandang akan satu menu ni yang agak asing bagi diri aku, iaitu 'Nasi Goreng Sultan'.

Aku: "Bang, Nasi Goreng Sultan ada?mmm, macam mana ek rupa dia? ( tukang masak akan letak apa nanti pada nasi tu )..."

Brother Cafe: "Ada, order la dulu, nanti tahu la rupa bentuk dia macam mana" (sambil buat muka kerek)...

Aku: "Owh, memang tak boleh bagitahu he? memang benda tu rahsia he..?

Brother cafe: "mmm"~ (buat muka kerek lagi)

AG: So, ko nak mkn apa ni? Nasi goreng Sultan?

Aku: "mmmm...bole lah" (jawab aku sambil kebengangan dengan kekerekkan brother cafe tu)

p/s: Maybe brother tu tak tahu pun camne rupa nasi tu.
      Sebab dia tukang ambik order je, bukan tukang masak.
      Aku tak kisah la, tp tak tahu cakap la tak tahu.
      Tak payah la nak buat muka kerek depan customer kau!

Wednesday, 12 October 2011

Sebelum aku terlupa...

Dalam satu kelas, di Lab6, En. Herry ada berpesan,
"percaya dan yakin pada diri, kalau tak,
nanti masa exam yang tak yakin tu mulalah nak meniru sana sini...."

Saja nak aku coretkan di sini sebelum aku terlupa...
Untuk pesan pada diri dan pesan pada semua,
Untuk yakin pada diri atas apa yang kita lakukan...
Bukan saja dalam exam, malahan dalam kehidupan harian...

Sekian

Secebis memori di Masjid Wilayah Kuala Lumpur...

Tuesday, 13 September 2011

'Cerita' dari sahabat lama

Petang Jumaat lepas, hujan turun.
Tak berapa lebat, tapi cukup untuk membasahkan diri kalau tidak berteduh.

Aku berada dalam kereta Saga warna biru muda milik Fariz.
Kami bersembang kencang, sekencang sepakan Safee Sali.

Fariz: Sebelum ni aku rasa hidup aku rasa kusut.
Aku: Owh, then?

Fariz: Kawan aku ada pesan, try check balik ko punya silaturahim, dengan keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan. Try rapatkan balik hubungan silaturahim dengan mereka.
Aku: Owh, then?

Fariz: Aku pun contact balik mereka-mereka itu. Alhamdulillah, segala urusan dalam kehidupan aku dipermudahkan selepas tu...
Aku: Owh, yeke. (aku diam dan berfikir)

p/s: Mmm...Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?

Fariz, berbaju belang...Penulis duduk di belakang Fariz

Thursday, 9 June 2011

Bila? Sekarang la...

Ku bangun tiap pagi
Ku bisik dalam hati

Memikir nasib diri
Merenung sikap sendiri

Entah bila ingin ku ubah
Kemalasan diri membuatku gundah

Tidakkah penat, tidakkah lelah
Menjadi orang yang sentiasa 'kalah'

Aku ingin menang dan tenang
Walaupun jalan itu bukan senang

Bila?
Bila nak ku ubah?

Sekarang lah...~

Wednesday, 1 June 2011

Bukan kosong, tapi terlalu banyak.

Aku
Tak tahu nak tulis apa
Kosong?
Tidak
Cuma terlalu banyak berlegar di kepala
Tapi
Tidak tahu memilih yang mana satu harus aku ceritakan

Monday, 16 May 2011

Kelahiran baru...

As salam and hello...
I am new in this world of blogging...
At 17 May 2011, 3.47 AM, I start create this blog....
Mmm, what will I do with this blog?...
We just wait and see ya...haha...
See you all in the next time...!